Selesa-Membunuh

Bila dalam keadaan kita terlampau selesa kadang-kadang kita terlupa akan janji-janji yang pernah kita lafazkan.

Kita terlalu ikutkan arus keselesaan tanpa kita terfikir akan akibatnya selepas itu.

Ya, aku kehilangan.

MataWang MataDuitan

Hukuman kesalahan memang hakim kena tetapkan ke?

Bersalah atau tidak bersalah tu hakim ke yang patut putuskan?

Tiba-tiba otak serabut lagi berselerak aku ni melayang di awangan berfikir.

Kerja peguam adalah mempertahankan anak guam dia. Kalau anak guam dia terang-terang memang bersalah, peguam kena pertahankan juga ke? Sebab apa? Duit der duit…

Lantaklah anak guam aku dituduh perompak pun. Selagi penjatuh hukum tak jatuhkan hukuman ataupun anak guam aku tak dibicarakan di mahkamah anak guam aku tetap tak bersalah. Sebab hakim tak putuskan lagi anak guam aku ni bersalah ke tidak. So dia tak bersalah lagi ok walaupun memang dia merompak.

Aku kena pertahankan anak guam aku. Dia dah bayar aku ribu-ribu.

Duit der duit. Kechinggg$$$$

Dia sumber rezeki aku.

 

p/s : Palat. MataWang MataDuitan.

Tindasan

Politik apa yang sedang dimainkan ni?

Gelecek sana gelecek sini rakyat marhaen jadi mangsa.

Dari dulu sampai sekarang rakyat marhaen dijajah, ditindas, dizalimi. Tiada penamat.

Undi sana – rakyat ditindas.

Undi sini – rakyat ditindas.

Undi situ – rakyat ditindas.

Bosan gila babi. Aku tak pernah lagi tengok babi jadi gila macam mana.

Celaka.​

Tetap Senyum

Dihujung siang itu

Aku menunggu

Tiba-tiba senja datang

Aku berlalu pergi

Dihujung malam itu

Aku menangis

Tiba-tiba datangnya fajar

Aku tersedar
Agaknya aku ni kuat orangnya

Tetapi orang tak pandang itu

Habis apa perlu aku lakukan?

Minta simpati?

Ah malulah aku
Acap kali pelangi menjelma

Bak bidadari datang menyambar

Menyambar derita buat seketika

Mengukir senyuman sang penderita
Itulah pelangi

Jelmakan diri hanya sementara

Buat mengukir senyuman dihati penderita

Hanya sementara
Walaupun sementara

Sekurang-kurangnya hati aku tenang

Biarpun hanya seketika

Aku senyum gembira.

Hanyut

‘Hanyut’

Itulah perkataan yang kadang-kadang bermain dalam kepala otak aku yang kusut lagi berselerak ni.

Aku hanyut. Hanyut aku.

Iblis, jangan kau hanyutkan aku kedalam arus kesesatan yang dilaknat tuhan. Kita sama-sama makhluk Allah. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Tapi tu lah, kerja kau menyesatkan aku. Aku hanya boleh melawan kau iblis dengan keimanan aku.

Masing-masing bekerja untuk capai matlamat masing-masing.

Aku boleh tewaskan kau iblis. Dan kau boleh tewaskan aku iblis. 

Sama-sama kita berperang sambil bekerja ya.

Aku bayar

Adakah golongan atasan ataupun elit ataupun manusia yang ada jawatan tinggi dalam politik ini membayar cukai sepertimana kita rakyat marhaen bayar?

Adakah rakyat bayar cukai hanya untuk kenyangkan perut boroi golongan atasan?

Aku tertanya-tanya.​

Emosi baik buruk

Ilmu itu penting!!

Sekali lagi aku tak dapat mengawal emosi aku. Emosi yang sebelumnya carik-carik entah kemana, tiba-tiba bercamtum menjadi satu kuasa besar dalam diri aku.

Marah… Itu emosi aku saat itu.

Sebelum aku terus ambil wuduk subuh hari tu, aku singgah bilik adik aku. Kejut dia. Katanya hari ni tak mau ke sekolah, jawabnya.

Lepas solat aku ke bilik adik aku lagi. Kejut dia. Tak mau ke sekolah jawabnya lagi.

Tiba-tiba tangan aku hinggap di mukanya. Dia tepis.

Salahkah aku?? Salahkah kelakuan aku tadi? Aku hanya mahu dia timba ilmu banyak-banyak.

Kadang-kadang aku rasa menyesal dengan perbuatan aku yang buruk tu.

Abang apa aku ni??

Kehidupan itu cabaran

Ikutlah arus kehidupan walaupun penuh dengan liku-liku kepayahan.

Tidak perlu tergopoh-gapah untuk lari daripada liku-liku kepayahan kehidupan.

Masih ada langkahnya untuk tempuhi liku-liku itu hingga ke penghujungnya.

Ibarat rubik kiub. Perlu ikut langkah demi  langkah untuk selesaikannya walaupun kadang-kadang perasaan putus asa datang tanpa diundang.

Berbekal cekalnya hati pasti akan berjaya akhirnya.

 

p/s : tak perlu berputus asa daki puncak gunung untuk melihat indahnya pemandangan desa dari atas.img_20161003_224715

Mustadh’afin & Mustakbirin 2

Jika tiada mustakbirin maka tiada mustadh’afin

InsyaAllah

Ya aku yakin

 

Mustakbirin

Kau berkuasa

Kau berduit

Kau ber-kaya

Kau berharta

Kau maha kuasa kononnya

Rasuah jutaan ringgit malaysia

Kau pergi mahkamah pakaian kemas

Bertali leher berkasut kulit

Habis bicara kau mampu tersenyum

Sebab apa?

Kau berkuasa, berduit

Selesai bicara kau terlepas daripada tuduhan

Sebab apa?

Sebab kau boleh beli penjatuh hukum dunia

 

Mustadh’afin

Kau miskin

Kau tiada harta melimpah

Mandi air parit belakang rumah

Kau curi sebuku roti untuk anak-anak kau makan

Kau disabitkan kesalahan mencuri

Kau dibicarakan dan kau bersalah

Terus kau dibawa ke bilik gelap pintu besi

Sebab apa?

Kau miskin

Kau tiada kuasa

Kau tak berharta

 

p/s : bila hati tertutup rapat dan tiada lubang untuk cahaya masuk walaupun sedikit.img_20160910_135223

 

Mustadh’afin & Mustakbirin 1

Jika tiada mustakbirin maka tiada mustadh’afin

InsyaAllah

Ya aku yakin

 

Yang kaya semakin kaya

Yang miskin terus miskin

Mungkin sistem yang salah barangkali

 

Kau nak ilmu?

Kau nak belajar tinggi?

Kau nak kerja disektor professional?

Kau nak kaya?

Kau nak gaji besar?

 

Ayau kau jual lembu

Ayah kau gadai sawah

Mak kau gadai rantai

Tapak tangan mak kau kasar

Apatah lagi tapak tangan ayah kau

 

Ilmu Allah luas

Tiada terhitung

Kenapa perlu ada tembok penghalang untuk berjaya?

Kata pak menteri

Nak berjaya perlu berkorban

Berkorban????img_20160910_135223